leaderboard denaihati Banner

Amalan Power Hindari Dajjal

20 April 2012

Islam



Sempena hari ini hari Jumaat, Noehas nak coret sedikit tentang amalan power untuk hindari dari Dajjal. Semua anbiya yang datang sebelum Nabi Muhammad SAW akan memberi ancaman kepada kaum mereka tentang Dajjal. Akhir sekali Nabi Muhammad SAW sebagai penutup pintu kenabian juga mengingatkan kita tentang ancaman Dajjal yang pasti akan datang dalam zaman umat Baginda.

Dajjal adalah makhluk dari kalangan manusia juga dan telah hidup sejak berzaman lagi, bahkan pada zaman Baginda Muhammad SAW ada sahabat yang bernama Tamim Ad-Dari pernah terjumpa Dajjal di sebuah pulau yang tidak disebut namanya dan Baginda membenarkan peristiwa tersebut. Dajjal akan menzahirkan kefasadan dan kerosakan yang dahsyat sebelum berlakunya kiamat besar yang akan menghancurkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan apa-apa yang ada di dalam dan diantara keduanya. Oleh kerana dahsyatnya kerosakan yang akan dilakukan oleh Dajjal maka Nabi Muhammad SAW yang amat sayangkan umatnya telah memberi satu amalan yang sangat power untuk diamalkan sebagai senjata menjauhi gangguan Dajjal.

Amalan tersebut ialah surah Al-Kahfi yang dimulai pada juz 15 dan diakhiri di juz 16. Surah Al-Kahfi ini perlu dibaca satu pada malam Jumaat atau hari Jumaat atau dibaca dua kali iaitu pada malam dan hari Jumaat. Amalan ini diamalkan pada setiap minggu dan boleh dipisahkan-pisahkan iaitu bukan mesti dikhatamkan dalam satu kali bacaan tetapi boleh dibaca sedikit pada waktu malam Jumaat dan sedikit pada pagi Jumaat dan pada waktu-waktu yang lain, ini jika tidak mampu untuk mengkhatamkannya dalam sekali bacaan tetapi sebaik-baiknya dikhatamkan dalam sekali bacaan kerana sudah pasti ia lebih power atas usaha dan kegigihan.

Baiklah, selamat beramal dan sampai-sampaikan amalan power hindari Dajjal ini kepada kaum keluarga, sahabat-handai dan seluruh dunia dengan menyebarkannya di FB, blog pembaca dan-lain.

 

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , , , , , ,

One Response to “Amalan Power Hindari Dajjal”

  1. Nizam Power Says:

    fakta yang hebat mcm hang jebat .. tq info sharing ustaz .
    nizampower pakar emas perak fizikal http://nizampower.com/emas-fizikal-vs-emas-mental/

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: