leaderboard denaihati Banner

CARA TERBAIK BELI TIKET MURAH AIRASIA

27 February 2013

Travel



Keluarga mertua Noehas merancang untuk pergi bercuti di Sabah pada musim cuti sekolah akhir bulan Mei nanti. Noehas dipertanggungjawabkan untuk mengurus pembelian tiket dari LCCT Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Walaupun Noehas sudah banyak kali beli tiket kapal terbang dari pelbagai syarikat penerbangan tetapi Noehas masih kurang faham cara pengurusan AirAsia berintraksi bersama pelanggan. Pernah berlaku masalah dalam proses pembelian tiket AirAsia, Noehas hubungi nombor 103 untuk dapatkan nombor telefon AirAsia tapi katanya AirAsia tidak ada daftar nombor telefon dengan pihak TM. Noehas hubungi pula pihak LCCT, katanya segala urusan dengan AirAsia hanya melalui internet atau kaunter yang dibuka di sebahagian daerah di Malaysia. Habis tu, macamana cara terbaik beli tiket murah AirAsia?

AirAsia memang menawarkan dan menguasai penerbangan tambang murah. Kekuatan tersebutlah yang ada pada syarikat tersebut hingga tidak perlu risau kesulitan pelanggan dalam berurusan dengan mereka. Walaupun banyak aduan tentang masalah yang dihadapi dengan AirAsia tetap juga orang ramai membeli tiket darinya. Noehas sendiri pernah rasa kecewa dengan cara pembelian tiket dari AirAsia tetapi terpaksa juga membeli tiket AirAsia kerana keistimewaan lain yang ada padanya. Setiap ujian ada baiknya, Noehas dapat beberapa ilmu yang boleh membantu untuk dapatkan cara terbaik beli tiket murah AirAsia.

Perlu diketahui, jika beli tiket AirAsia dari mana-mana travel agensi ia akan lebih mahal dari beli sendiri jika ada promosi. Ini kerana AirAsia tidak beri harga promosi kepada pihak travel agensi. Bahkan jika anda beli tiket AirAsia dari travel agensi, selain kena bayar duit tiket anda juga perlu bayar upah khidmat sebanyak RM20-RM30 kepada syarikat travel tersebut. Nasihat pertama Noehas ialah urus sendiri pembelian adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia. RM20-RM30 yang dibelanjakan tu belum termasuk duit minyak, masa dan tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian tersebut.

Jika tiket berjaya ditempah sendiri melalui internet, cubalah bayar dengan menggunakan sistem debit iaitu transfer cash dari mana-mana bank terpilih bukan menggunakan kad kredit kerana AirAsia akan mengenakan cas tambahan bagi transaksi yang menggunakan kad kredit. Elok-elok nak dapat murah jadi mahal pulak. Menggunakan kad kredit dalam pembelian tiket AirAsia bukanlah cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Cas yang dikenakan bukan pertransaksi tapi mengikut jumlah kepala atau penumpang yang anda belikan tiket untuk mereka.

AirAsia

Ilmu yang Noehas dapat dari seorang kawan katanya AirAsia biasanya akan buka harga promosi yang paling murah pada waktu tengah malam antara jam 1 – 5 pagi. Setakat ni Noehas rasa macam betul jer petua yang kawan tu ajarkan tapi bukanlah setiap malam harga promosi tu ada. Ramai yang kata kalau beli awal berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia, sebenarnya tidak juga begitu. Pernah sekali Noehas beli awal 2 bulan tapi kawan yang beli 5 hari sebelum terbang lebih murah dari harga Noehas beli.

Ada beberapa lagi petua cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Noehas sebut secara ringkas jer. Tidak perlu beli insuran yang ditawarkan. Tidak perlu tempah makanan jika penerbangan singkat. Makan siap-siap sebelum terbang atau makanlah selepas sampai ke destinasi. Pastikan timbangan yang dibayar sekadarnya sahaja, AirAsia siap meletakkan 20kg kalau anda tidak tukar kepada 15kg bermakna anda perlu bayar apa yang anda tidak perlukan.

Baiklah, cukup kot apa yang Noehas nak kongsikan tentang cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Kalau ada apa-apa perkongsian boleh tinggalkan komen di bawah.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, ,

Follow Me

Follow me

22 Responses to “CARA TERBAIK BELI TIKET MURAH AIRASIA”

  1. Eizil Says:

    Selain tu, untuk jimat, kita boleh skip seat selection, just tekan confirm kat seat selection page tu tanpa tekan apa2 seat pilihan… so boleh jimat lagi.

    Gunakan web atau mobile check in untuk elakkan kos tambahan.
    Eizil recently posted..Bagaimana untuk mengubah paparan spectacu.la discussionMy Profile

    Reply

  2. munir ardi Says:

    Saya datang ke Malaysia kemarin memakai Air Asia
    munir ardi recently posted..Sudahkah kita bersiap menghadapinyaMy Profile

    Reply

  3. nurmisnan Says:

    Betul tu.. beli dlm jam 1-5am memang kadang2
    Ada harga runtuh. Sebensrnya ada baik buruk
    Beli tiket guna ksd kredit. Bila tiba2 flight delay,
    Lugage or barang hilang, dgn kad kredit kita blh claim..
    Itu kebaikannya..

    Nicr sharing here
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #73My Profile

    Reply

    • noehas Says:

      Ilmu baru ni… rupanya bagus juga beli guna kredit kad. Tapi masalahnya jika kita belikan tiket untuk orang lain kalau guna kad kredit kita nanti airasia cas mahal.

      Reply

  4. Faris Al-Muhandisu Says:

    yang tak bestnya, kalo ada promosi, jarang musim cuti boleh dpt harga promo tu. kua3
    Faris Al-Muhandisu recently posted..Pengalaman Membeli-belah Secara OnlineMy Profile

    Reply

  5. sumijelly Says:

    walaupun x pernah beli tiket AIR ASIA. tapi sekarang dah tahu la.

    mana tau tetiba nak beli.. boleh la guna tips2 yg diberikan ni…

    terima kasih kerana sudi berkongsi…..
    sumijelly recently posted..#52 Wordless Wednesday – Gathering Kaki NOVELMy Profile

    Reply

  6. Fareast Says:

    syukran ustaz share..
    bley ah pakai ilmu ni x lama lagi..
    nak buat rehlah kelas g jauh2 ah camni..
    ustaz dah share cara2nya..
    Fareast recently posted..Wordless Wednesday : Ikon Anak MudaMy Profile

    Reply

  7. Aiman Aziz Says:

    Tak pernah naik flight pun :( huhu
    Aiman Aziz recently posted..WW #3 | Spammer Oh SpammerMy Profile

    Reply

  8. Hanif Menhad Says:

    belum pernah beli lagi, tahun 2010 ke India dan bangladesh semua kawan yang uruskan, belum ada pengalaman lagi beli sendiri, tp dah register 1 akaun dan setup debit card tu, cuma belum menyempat lagi… keje sekolah banyak… terima kasih atas perkongsian nya… huhu~

    Reply

  9. KiD Says:

    satu perkongsian yang menarik.. mungkin boleh jadi rujukan saya pada masa akan datang.. :)
    KiD recently posted..ILHAM StyloMy Profile

    Reply

  10. mrs Says:

    sya penah beli airsia pkai kad kredit sya utk sefamily bercuti… tak pulak kena caj extra tu…

    dan tentang beli mkanan tu, klu setakat kite je travel sndiri mmg tak heran nk makan sgt… tpi susah klu ada anak2 sekali sbb takut mereka nmpak org lain/ passanger sebelah menyebelah mkn so mereka sibuk nak mkn sama… kang merengek bising dah kena belikan jugak… klu tempah awal, lagi untung sbb murah dan cepat dpt berbanding beli on the spot atas flight tu…

    Reply

  11. tips Says:

    saya nak beli tiket tapi selalu gagal.. :(

    Reply

  12. JomStadi Says:

    kalau beli tiket airasia memang selalu skip seat selection dan insurans..makanan lebih2 lagi..harga kaw2..bekal air mineral ja :)

    Reply

  13. hastie Says:

    memang first time ni nk beli online…oleh terangkan cara mcmne x?

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: