noehas.com

JEREBU DI MUAR MELEMASKAN
Bangun pagi di kampung biasanya udara segar dan nyaman tapi pagi ni (19.6.2013 Selasa) Noehas bangun tidur rasa pernasafan tidak selesa, ada bau asap. Noehas mencari-cari juga di keliling rumah dari mana bau asap yang kuat tu. Pergi surau untuk solat Subuh, di sana pun sama bau asap sangat kuat. Lepas solat Subuh ada pak cik dalam surau tu mengadu sesak dada. Noehas balik rumah buka internet untuk mencari punca bau asap. Rupa-rupanya Muar tengah diserang jerebu yang semakin teruk. Beberapa hari lepas Noehas tahu bandar Muar yang dilanda jerebu, tak lah sampai ke kampung. Pagi ni semakin teruk hingga jerebu di Muar melemaskan dan mengganggu pernafasan walaupun di kawasan kampung yang udaranya biasanya nyaman dan enak.

Pihak bertanggungjawab menasihati mereka yang tinggal di kawasan berjerebu seperti di Muar supaya perbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter, jangan merokok, jangan membakar sesuatu secara terbuka, basuh muka dan tangan selepas melakukan aktiviti luar dan mengurangkan aktiviti di luar rumah. Mask atau penutup hidung dan mulut juga perlu dipakai, kalau kaum Muslimat yang mengamalkan pakaian purdah atau jilbab insyaAllah sudah melakukan langkah keselamatan yang sepatutnya. Noehas sendiri rasa jerebu di Muar melemaskan nafas walaupun baru lepas buat rawatan resdung dengan pakar resdung Johor iaitu Tabib Hasan (0176271926) untuk kesegaran nafas tapi tetap terganggu dengan cuaca yang tidak sihat ni.

Noehas kongsikan di sini berita beberapa hari lepas dari akhbar Kosmo yang menyentuh jerebu di Muar yang berada di tahap tidak sihat. Memang jerebu di Muar melemaskan….

“Daerah ini merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini dengan bacaan 127. Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya hari ini memberitahu, selain Muar daerah kedua mencatat IPU tertinggi di negeri ini ialah Pasir Gudang (103), diikuti Kota Tinggi (95) dan Larkin Lama (92) bagi tempoh yang sama. IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). Keadaan berjerebu dan bau asap ini difahamkan berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Sumatera. Selain Malaysia, jerebu turut menyelimuti ruang udara Singapura.” Begitulah laporan akhbar berkenaan tentang jerebu di Muar melemaskan penduduk kerana berada IPU di tahap tidak sihat.

Dikatakan ada kebakaran besar yang berlaku di Sumatera. Masalah begini saban tahun berlaku dan tak tahu bila akan tamat masalah sebegini. Semuanya angkara tangan-tangan manusia sendiri yang melakukan kerosakan di muka bumi. Pada tahun 2010 pun Muar pernah dilanda jerebu yang teruk hingga jerebu di Muar melemaskan pada ketika itu. Pada tahun tersebut semua sekolah di arahkan cuti kerana IPU berada di tahap bahaya. Semoga ianya bukan azab DUKHAN yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis Nabawi. Ya Allah! Rahmatilah hamba-hambaMu selagimana mereka beristighfar dan menyebut namaMU. Aamiin.

The post JEREBU DI MUAR MELEMASKAN appeared first on noehas.com.

PERISTIWA PELIK DI SABAH
Jangan baca tajuk Peristiwa Pelik di Sabah ni dengan nada serius. Ni entri bahagian travel santai jangan bantai Noehas pulak lepas baca entri ni. Baru-baru ni Noehas bercuti bersama beberapa orang ke Sabah. Ada yang bujang dan ada yang bawa anak-anak kecil bersama. Macam-macam gelagat yang anak-anak tunjukkan. Dari mula naik sampai airport lcct hinggalah kembali semula ke semenanjung Malaysia. Peritiwa pelikk yang kami lalui semasa di Sabah mungkin tidak pelik bagi sebahagian pembaca. Walaubagaimanapun peristiwa atau kejadian-kejadian tu tetap pelik untuk sebahagian rombongan kami.

Sampai di Kota Kinabalu kami menaiki van yang termaktub di depan dan tepinya perkataan “BAS SEWA”. Kami melalui beberapa masjid besar seperti Masjid Likas dan Masjid Kota Kinabalu yang tersergam indah. Sampai satu stesen minyak ada di kalangan rombongan yang rasa pelik sebab nampak lori pemadam api bomba mengisi minyak di stesen minyak awam. Nampak nacam biasa tapi ada tak anda perasan di semenanjung lori bomba isi minyak kat stesen minyak awam. Noehas sendiri belum pernah nampak.   walaupun peristiwa tu biasa-biasa tapi ia boleh dianggap peristiwa pelik di Sabah yang rombongan kami bual-bualkan.

Kami teruskan perjalan ke Kota Marudu dengan melalui jalan yang agak bagus walaupun tidak ada lebuhraya seperti di semenanjung. Ada kawasan berselekoh dan ada juga kawasan berbukit. Sampai satu berbukit, kereta mula perlahan, kami sangka sebab naik bukit rupanya ada satu peristiwa pelik di Sabah yang berlaku di situ iaitu sebuah kereta wira yang nampaknya seperti peronda polis sedang menyorok (sebenarnya terpelosok) di bawah lori yang bawa kayu balak. Agaknya lori tu tak lepas nak mendaki jalan bukit tu, mungkin juga lori tu termengundur ke belakang, ada kereta polis pula di belakangnya, apa lagi… terpelosoklah kereta tu di bawah kayu-kayu balak yang terkeluar di belakang lori. Tapi zahirnya anggota polis dalam tu terselamat sebab hanya bumbung sahaja yang kena kayu-kayu balak tu. Ngeri juga kalau kayu balak tu hentam muka.

Tak boleh nak berhenti di situ sebab kawasan bahaya berhenti, kami teruskan perjalanan hinggalah sampai satu kawasan yang ada jual daging-daging salai dan bakar. Rupanya itu kedai makan jual daging panggang, salai dan bakar binatang yang haram dimakan oleh umat Islam iaitu khinzir. Peristiwa pelik di Sabah yang berlaku di situ ialah ada pak haji dari semenanjung yang tak tahu itu daging khinzir senggah untuk makan. Oleh sebab enak maka beberapa kali juga dia beli untuk disantap bersama keluarganya. Akhirnya ada orang Sabah yang beritahu itu daging khinzir terperanjatlah pak haji tadi. Tak boleh nak salahkan juga pak haji tu sebab sepatutnya tuan kedai tu beritahulah pak haji yang pakai songkok haji tu tentang daging yang diguna dalam menu restorannya. Semoga Allah ampunkan pak haji tu bersama keluarganya kerana dia melakukan dosa di luar pengetahuannya.

Antara peristiwa peristiwa pelik di sabah yang kami jumpa ialah di Kota Marudu kami jumpa seorang cikgu yang sangat kreatif dan baik hati. Dalam kawasan pendalaman begitu wujudnya seorang cikgu yang telah mencipta pen fivik pertama di dunia. Noehas nak detailkan pasal pen ni pun tak pandai sebab bukan bidang Noehas tapi anda boleh lihat di sini dan di sini tentang cikgu yang hebat ni. Cikgu tu namanya Androd bukan Android tapi akhbar-akhbar terkeliru dan tulis dalam kenyataan mereka pen Android sepatutnya pen Androd. Androd tu nama cikgu tu sebelum memeluk Agama Islam. Nama Islamnya ialah Reza tapi masih ramai yang panggil beliau cikgu Androd iaitu menggunakan nama asal dan IC. Cikgu Androd ni adalah bekas anak murid cikgu Haji Masral guru pendidikan khas sekolah Ismail Satu Muar Johor.

Ada beberapa lagi peristiwa pelik di sabah yang kami lalui baru ni tapi rasanya tak lah berapa pelik sangat bagi sebahagian orang. Kembara Sabah baru ni banyak juga pengajaran yang Noehas pelajari dari gaya hidup dan persekitaran di Sabah. InsyaAllah jika ada idea nanti Noehas akan tulis kebaikan-kebaikan yang Noehas dapat di Sabah. Sabah memang tempat yang menarik untuk dikunjungi. Noehas pergi Gungung Kinabalu, Tip Of Borneo dan lain-lain lagi. Sabah memang best!!!

The post PERISTIWA PELIK DI SABAH appeared first on noehas.com.

10 AMALAN HARI JUMAAT
Sempena hari ni hari Jumaat dan setiap minggu akan beryulang hari Jumaat Noehas tulis entri untuk dijadikan rujukan bagi sesiapa yang hendak meningkatkan amalan pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Noehas bawakan di sini 10 amalan hari Jumaat bukan bermakna hanya 10 amalan ini sahaja yang perlu diamalkan pada setiap hari Jumaat tetapi sekadar untuk mudah diingati dan mudah dijadikan sasaran amalan. Amalan kita biar istiqamah atau konsisten barulah hasilnya dapat dilihat dan dirasai samada hasil dari sudut kerohanian, kesihatan, keberkatan dan sebagainya. Banyak lagi amalan yang berkaitan hari Jumaat dari sudut sunat, makrh, haram dan wajib.

10 amalan hari Jumaat yang Noehas maksudkan ialah membaca surah Al-Kahfi, memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW, memotong kuku tangan dan kaki, membersihkan segala jenis bulu yang ada (menggunting misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari), membersihkan diri dengan mandi yang sebaik mungkin, berpakaian yang paling cantik dan sebaik-baiknya berwarna putih, berwangi-wangian, pergi awal ke masjid, bersedekah dan memperbanyakkan doa dari mula masuknya waktu solat Jumaat hingga terbenam matahari.

10 amalan hari Jumaat yang Noehas sebutkan di atas adalah amalan-amalan sunat yang mempunyai banyak fadilat. Contohnya membaca surah Al-Kahfi boleh menyelematkan dari gangguan Dajjal bapa kesesatan. Jika gangguan Dajjal pun boleh dihindari dengan amalan membaca surah Al-Kahfi apatah lagi gangguan dan hasutan dari makhluk yang lebih lemah dari Dajjal seperti syaitan dari kalangan jin dan manusia, insyaAllah akan terselamat juga dari hasutan dan gangguan makhlukh-makhluk tersebut. Untuk kesan dan khasiat yang lebih maksima perlulah dipelajari makna dan tafsiran surah Al-Kahfi.

Begitu juga dengan kebersihan diri seperti memotong kuku, menggunting misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, mandi dan berwangi-wangian semuanya itu adalah untuk mendatangkan perasaan keagungan dalam diri iaitu keagungan terhadap Allah SWT yang ingin kita sembah secara berjemaah pada waktu solat Jumaat. Selain itu, kebersihan dan kecantikan amatlah dicintai oleh Allah SWT kerana Allah itu Maha Cantik dan suka kepada yang cantik-cantik. Berawal-awal pergi ke masjid untuk solat Jumaat juga mempunyai fadilat yang sangat besar seperti yang diriwayatkan dalam hadis Nabi saw bahawa kumpulan pertama yang pergi awal pada hari Jumaat akan dapat pahala seperti mengorbankan seekor unta, yang datang selepas itu pula seperti mengorbankan seekor lembu, semakin lambat maka semakin berkurangan nilai pahalanya. Hebat-hebat juga kelebihan 10 amalan hari Jumaat ni.

Lagi kelebihan 10 amalan hari Jumaat ialah bersedekah, berselawat dan berdoa. Dalam bab bersedekah utamakanlah mereka yang benar-benar susah, lebih-lebih lagi dari kalangan saudaramara terdekat. Tidak dilupakan juga tabung-tabung masjid, madrasah-madrasah dan rumah-rumah anak yatim. Dikatakan sedekah pada hari Jumaat pahalanya lebih besar berbanding bersedekah pada hari-hari yang lain. Berselawat pula amat digalakkan pada setiap masa dan keadaan apatah lagi pada hari Jumaat. Al-Imam Asy-Syafi’e berkata dia lebih suka memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat berbanding dengan ibadat sunat lain.

Hari Jumaat juga adalah hari yang ada padanya satu waktu yang pasti Allah terima doa sesiapa yang berdoa. Sebahagian ulama kata waktu mustajab tersebut ialah pada waktu imam berada di atas mimbar, sebahagian ulama berpendapat waktu mustajab tersebut ialah antara Asar hingga Maghrib. Perbanyakkanlah berdoa pada bila-bila masa pada hari Jumaat. Pengalaman Noehas sendiri, alhamdulillah telah banyak doa-doa pada petang Jumaat yang Noehas telah rasakan kemustajabannya. Inilah serba sedikit yang dapat Noehas kongsikan untuk tajuk 10 amalan hari Jumaat. SELAMAT BERAMAL!!!

The post 10 AMALAN HARI JUMAAT appeared first on noehas.com.

KEM CUTI SEKOLAH TERBAIK
Ramai yang bertanya Noehas tentang kem cuti sekolah pertengahan tahun ni. Minta maaflah banyak-banyak sebab dah beberapa tahun ni Noehas hanya jalankan kem cuti sekolah pada musim cuti sekolah akhir tahun sahaja. Untuk cuti sekolah bulan Mei dan Jun ni Noehas tidak mengadakan aktiviti tersebut sebab sibuk dengan urusan-urusan lain. Ibubapa yang ada masa yang cukup untuk melayani anak-anak di musim cuti sekolah ni seperti abang ni dan juga abang ni maka itulah yang sepatutnya dan yang terbaik. Tetapi jika ibubapa tidak cukup  masa untuk bersama anak-anak janganlah biarkan mereka tanpa sebarang program yang bermanfaat. Hantarlah mereka ke kem-kem cuti sekolah terbaik yang banyak di merata tempat seperti kem smart solat, kem motivasi pelajar cemerlang, tuisyen, program di masjid-masjid dan sebagainya.

Cuti sekolah telah beberapa hari berlalu, masih sempat lagi jika ibubapa ingin menghantar anak-anak ke kem cuti sekolah. Sebelum menghantar anak ke mana-mana kem pastikan pengisian yang dijanjikan oleh pihak pengurusan kem adakah bagus untuk melahirkan insan cemerlang duniawi dan ukhrawi atau hanya cenderung ke arah keduniaan sahaja. Pengalaman pihak pengurusan kem juga mesti diambil kira kerana pengendali kem yang berpengalaman biasanya lebih cemerlang mendidik para peserta berbanding dengan syarikat yang baru nak mula menjalankan program-program sebegini. Kem cuti sekolah adalah salah satu waktu dan tempat yang baik untuk melahirkan generasi hebat jika kena caranya oleh itu carilah kem cuti sekolah terbaik yang mendidik pesertanya dari sudut jasmani dan rohani. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ialah kualiti.

Noehas ingin membantu mereka yang sedang dan masih mencari-cari tempat untuk menghantar anak-anak ke kem cuti sekolah terbaik. Noehas bawakan di sini beberapa tempat yang boleh membantu mendidik anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Ramai yang tidak tahu, sebahagian madrasah tahfiz swasta ada menjalankan kem cuti sekolah yangmana madrasah-madrasah tersebut biasanya menumpukan kepada kerohanian dan aspek akhlak seperti yang dilaksanakan di madrasah ini. Sebahagian pondok dan pusat pengajian kitab turath pun sudah mula menjalankan aktiviti kem cuti sekolah. Persekitaran yang akan zuhud dan mujahadah juga kekadang mendidik peserta kem untuk belajar erti kesusahan dan matlamat hidup. Selain itu, syarikat-syarikat terkenal juga tidak ketinggalan di dalam usaha untuk mendidik para peserta kem cuti sekolah mereka seperti syarikat ini dan ini.

Sepanjang Noehas mengusahakan kem cuti sekolah akhir tahun sejak 7 tahun lepas, Noehas dapati para peserta amat terkesan dengan aktiviti dan program kem cuti sekolah bahkan ramai ibubapa yang sangat-sangat gembira dengan kesan positif yang berlaku pada diri anak mereka. Bermula dari kanak-kanak berumur 7 tahun hinggalah dewasa berumur 17 tahun, mereka boleh hidup bagaikan keluarga dan sahabat karib. Sama-sama susah, sama-sama senang. Mula-mula tak suka kem cuti sekolah, lepas tu mula minat dan akhirnya ramai yang tak nak balik sebab dah seronok dengan suasana, guru-guru dan kawan-kawan dalam kem yang semuanya menuju ke arah yang satu iaitu membaiki diri dengan akhlak yang baik. Semoga kem yang Noehas jalankan termasuk dalam kategori kem cuti sekolah terbaik.

InsyaAllah pada cuti akhir tahun nanti Noehas akan meneruskan program kem cuti sekolah terbaik yang biasanya berjalan selama 3 minggu. Salah seorang guru yang banyak jasa mendidik para peserta kem cuti sekolah ialah pemilik blog ini. Pendaftaran akan dibuka pada bulan 9 dan ditutup pada bulan 10. Biasanya dalam tempoh dua minggu dah penuh kouta 200 orang peserta. Yuran untuk kem cuti sekolah akhir tahun yang Noehas jalankan biasanya tidak melebih RM300 untuk tempoh dua hingga tiga minggu. Aktivitinya 70 peratus aktiviti kerohanian dan 30 peratus aktiviti jasmani. Apa-apa pertanyaan tentang kem cuti sekolah akhir tahun anjuran Noehas boleh hubungi 0132075677 06-9532400 atau email setiausahaman@gmail.com.

The post KEM CUTI SEKOLAH TERBAIK appeared first on noehas.com.

CONTOH TAULADAN POLIGAMI NABI SAW
Tajuk contoh tauladan poligami Nabi SAW ni sengaja Noehas tulis selepas perbincangan tentang kebaikan dan keburukan poligami serta kekangan dan cabarannya supaya contoh tauladan yang diambil dari poligami Nabi SAW ini menjadi pedoman kepada mereka yang ingin berpoligami dan juga untuk memberi jawapan kepada mereka yang menyangka bahawa poligami adalah suatu amalan yang tidak membawa kepada kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat.

Nabi SAW adalah manusia yang menerima wahyu dari Allah SWT. Antara wahyu yang diterimanya ialah amalan berpoligami. Justeru, Nabi SAW sebagai ikutan yang terbaik harus melakukan amalan yang disyariatkan tersebut supaya mudah difahami dan dijadikan panduan untuk umat beliau. Melalui amalan beliaulah umatnya dapat belajar contoh tauladan poligami Nabi SAW. Oleh sebab itu Nabi SAW memberi panduan yang terbaik dalam mengamalkan ayat ketiga dari surah al-Nisa’ yang membenarkan poligami dan juga monogami. Kedua-dua jenis perkahwinan tersebut telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Perkahwinan jenis pertama yang telah ditunjukkan dan dijadikan panduan untuk umatnya ialah perkahwinan monogami iaitu ketika beliau bersama Khadijah radiAllahuu‘anha. Pada masa tersebut, Nabi SAW telah membuktikan bahawa beliau bahagia dengan hidup secara monogami walaupun Khadijah lebih tua dari beliau di samping beliau mempunyai kekuatan seks yang boleh dikongsi bersama sebelas orang isteri seperti yang dibuktikan semasa beliau berpoligami setelah kewafatan Khadijah radiAllahuanha. Justeru, amalan monogami selama bersama Khadijah ini membuktikan contoh tauladan poligami Nabi SAW iaitu beliau bukanlah berpoligami kerana perempuan atau sukakan seks semata-mata tetapi semuanya dilakukan -iaitu sama ada monogami dan poligami- adalah berdasarkan kepada keperluan dakwah semasa dan keperluan perempuan-perempuan yang memerlukan bimbingan dan belaan dari Nabi SAW. Baginda SAW telah bermonogami daripada umurnya dua puluh lima tahun hingga mencecah usia lima puluh tahun iaitu selepas sepuluh tahun beliau diutus menjadi Nabi dan Rasul. Ini bermakna Nabi SAW menghabiskan masa-masa mudanya sebelum beliau diutus menjadi nabi dan rasul hinggalah beliau hampir berhijrah ke Madinah dengan cara monogami.

Perkahwinan jenis kedua iaitu poligami juga telah diamalkan oleh Nabi SAW supaya dengan pengamalannya dapat menjadi contoh tauladan poligami Nabi SAW kepada umatnya. Justeru, Nabi SAW dengan jelas menunjukkan bahawa beliau berpoligami bukanlah kerana nafsu seks supaya perkara tersebut diikuti oleh umatnya yang ingin berpoligami. Perkara tersebut jelas kerana Nabi SAW hanya bernikah dengan janda-janda yang kebanyakannya menjadi janda disebabkan suami mereka yang gugur syahid selain dari Aisyah RadiAllahuanha. Perkahwinan dengan janda-janda para syuhada tersebut mengajar umatnya supaya memilih isteri-isteri yang solehah yang memberi manfaat dalam kerja dakwah dan amalan agama dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan dari perbincangan tajuk poligami ini ialah kepincangan yang berlaku dalam poligami pada masa kini bukanlah kerana kesilapan sistem poligami yang disyariatkan oleh Allah SWT tetapi kepincangan tersebut berlaku dengan sebab ketidakfahaman mereka yang berpoligami dan tidak menjadikan agama dan dakwah sebagai tujuan asal mereka berpoligami. Perkara tersebut telah dibuktikan oleh Nabi SAW iaitu dalam hidup berpoligami dan bermonogami tidak menjadi halangan dalam keharmonian berkeluarga jika diamalkan dengan cara yang betul yang telah ditunjukkan oleh al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW selain daripada mengikut undang-undang keluarga Islam yang telah diatur dalam setiap negara. Mengikut contoh tauladan poligami Nabi SAW adalah amat penting dalam menjayakan sistem poligami.

Sebahagian besar wanita menentang poligami. Puncanya mudah sahaja, poligami adalah berlawanan dengan cita rasa dan harapan hidup wanita yang inginkan kesetiaan dari suaminya. Penulis berpendapat, syariat Islam boleh diibaratkan seperti kedai farmasi yang menyediakan pelbagai jenis ubat untuk menyelesaikan masalah penyakit umat manusia. Justeru, sekiranya ada pembeli yang membeli ubat untuk disalahgunakan maka sudah tentu kita tidak boleh menyalahkan kedai farmasi tersebut dan sama sekali tidak patut kita menganggap bahwa kedai tersebut sudah tidak relevan lagi untuk umat manusia. Begitulah dengan poligami, jangan kerana ada segelintir umat manusia yang menyalahgunakan hukum harus berpoligami menyebabkan amalan poligami dan syariat Islam dipersalahkan dan dianggap tidak adil dan tidak relevan untuk umat masa kini. Untuk keluar dari kemelut masalah poligami kenalah ikut contoh tauladan poligami Nabi SAW.

Berdasarkan kepada perbincangan beberapa tajuk poligami di dalam blog ini, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu:

Poligami iaitu amalan beristeri lebih dari seorang adalah amalan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan telah diamalkan oleh Nabi SAW dan perkara tersebut telah diterima oleh semua ulama iaitu telah berlaku ijmak ulama terhadap hukum bolehnya poligami.

Poligami yang dilaksanakan mengikut cara, teori dan ketentuan yang betul akan memberi banyak manfaat dan faedah untuk individu, keluarga, masyarakat dan umat sejagat. Selain itu, konsep-konsep poligami harus dihayati oleh mereka yang berpoligami supaya maksud dan tujuan berpoligami yang dicadangkan oleh Islam seperti keharmonian dan keadilan dapat direalisasikan.

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mebantu mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita tersebut. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.

Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam semata-mata sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Hindu, Kristian dan Yahudi.

Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut تَصَرُّفُ اْلإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ Maksudnya: Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah negara dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya.

Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami. (http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf)

Poligami bukanlah satu amalan yang wajib tetapi ia hanya satu pensyariatan yang menjadi pilihan untuk mereka yang memerlukannya sahaja. Oleh sebab itu, syarat-syarat dan peraturannya adalah sangat menitikberatkan keadilan dan kemampuan.

Kaum perempuan yang tidak suka akan poligami tidak boleh membecinya dan menentangnya dari sudut hukum dan pensyariatan kerana ia boleh membawa kepada dosa besar tetapi mereka boleh menolak poligami untuk lelaki yang tidak layak untuk berpoligami.

Noehas ingin memberi beberapa cadangan kepada pihak yang ada kaitan dengan amalan poligami. Cadangan-cadangan tersebut bukanlah satu perkara yang baru tetapi untuk saling ingat memperingati dan dalam konteks perbincangan. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti yang berikut:

Setiap lelaki yang ingin berpoligami harus memahami konsep dan tata tertib poligami yang berjaya.

Setiap pernikahan, khasnya pernikahan poligami mestilah mengikut undang-undang negara supaya masa depan setiap keluarga lebih terjamin.

Setiap isteri pertama yang ingin dimadukan haruslah berbincang secara baik dengan suami supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan mungkin akan membatalkan niat poligami si suami.

Setiap perempuan yang ingin bermadu dengan isteri orang haruslah lebih mengalah kerana dia telah mengambil hak saudaranya.

Pihak bertanggungjawab tempatan yang menguruskan hal ehwal perkahwinan haruslah memberi kursus khusus untuk mereka yang ingin berpoligami sepertimana kursus perkahwinan diwajibkan untuk mereka yang ingin berkahwin. Kursus poligami tersebut akan mendedahkan keperitan dan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh suami yang berpoligami selain dari kenikmatan dan keseronokan yang dikecapinya. Justeru, kursus sebegitu akan memberi kesedaran kepada kaum lelaki yang ingin berpoligami hanya untuk berseronok dan kursus sebegitu juga akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul disebabkan oleh poligami yang tidak sihat.

Pihak media massa harus memberi ruang untuk membincangkan masalah poligami dengan cara yang sihat dan berilmiah. Selain itu, pendedahan tentang keluarga berpoligami yang harmoni harus ditonjolkan. Begitu juga dengan filem-filem dan bahan-bahan bacaan yang dihasilkan haruslah mendorong masyarakat supaya memahami konsep poligami yang sebenar supaya ia tidak disalahgunakan oleh kaum lelaki, tidak dibenci oleh kaum perempuan dan tidak menjadi bahan yang digunakan untuk mencemarkan nama baik agama Islam dan umatnya.

Akhir kata, matlamat perkahwinan ialah untuk mewujudkan suasana ‘keluargaku syurgaku’. Justeru, sekiranya poligami dapat merealisasikan matlamat tersebut maka dipersilakan untuk diamalkan. Sebaliknya, jika poligami menjadi sebab berlakunya ‘keluargaku cukaku’ maka dinasihati supaya jangan melakukannya kerana nikmat yang sudah ada di hadapan mata iaitu isteri dan keluarga yang sedia ada haruslah lebih dihargai dan dijaga dengan baik, jangan sampai jadi seperti ‘anjing dengan bayang-bayangnya’ yang akan menyebabkan ‘apa yang dikejar tidak kesampaian dan apa yang dipikul berciciran’. Ikutilah contoh tauladan poligami Nabi SAW supaya poligami yang diamalkan berjaya.

The post CONTOH TAULADAN POLIGAMI NABI SAW appeared first on noehas.com.

KEKANGAN DAN CABARAN BERPOLIGAMI
Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghadapi dan menjalani kehidupan berpoligami. Bermula dari mengenali bakal isteri kedua hinggalah terlaksana hidup berpoligami kemudian bermula dari detik berpoligami hinggalah kekal atau hancurnya poligami tersebut, semuanya itu mempunyai kekangan dan cabaran pelbagai. Kekangan dan cabaran berpoligami yang ingin dibincangkan ialah yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia dan persepsi serta perangai masyarakat Islam di Malaysia khasnya kaum perempuan dalam menghadapi hidup berpoligami.

Antara kekangan dan cabaran berpoligami ialah sikap kebanyakan isteri yang tidak membenarkan dirinya dimadukan. Sikap ini dianggap sebagai penghalang utama bagi para suami yang ingin berpoligami. Oleh sebab itu, bermacam-macam alasan dan cara yang digunakan oleh para suami untuk mendapatkan kerelaan atau pelepasan dari isteri supaya dengan kerelaan tersebut akan memudahkan urusan poligami yang seterusnya.

Bukan sahaja isteri pertama menjadi kekangan tetapi antara kekangan dan cabaran berpoligami yang agak mencabar juga ialah sikap kebanyakan wanita yang tidak mahu bernikah dengan suami orang lain. Sikap ini juga menjadi halangan bagi kaum suami yang berminat kepada seseorang perempuan yang tidak mahu bermadu dengan isteri yang sebelumnya. Oleh sebab itu, timbullah masalah permintaan menceraikan isteri pertama jika mahu bernikah dengan perempuan lain.

Undang-undang poligami di Malaysia juga menjadi kekangan dan cabaran berpoligami kerana ia mengetatkan jalan untuk berpoligami seperti mewajibkan untuk mendapatkan keizinan dari pihak mahkamah, perjumpaan antara suami bersama isteri serta calon isteri dan sebagainya. Perkara begini menyebabkan banyak kes nikah lari atau bernikah di luar negara terjadi.

Kekangan dan cabaran berpoligami yang paling ketara ialah  para isteri tidak mempunyai sifat toleransi dan tidak sefahaman dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit serta menuntut hak masing-masing. Oleh sebab itu, banyak keluarga yang berpoligami menghadapi pelbagai cabaran di pertengahan jalan hingga menyebabkan kehancuran sesebuah institusi keluarga yang sebelumnya mungkin bahagia dan harmoni.

Faktor persekitaran juga menyumbang dalam kekangan dan cabaran berpoligami di Malaysia. Masyarakat di Malaysia sering memberi perhatian lebih kepada jiran atau kenalan yang berpoligami hinggakan kebanyakan hal ehwal dalaman dan luaran keluarga tersebut menjadi bahan perbualan dan umpatan. Justeru, secara langsung atau tidak langsung akan memberi tekanan kepada mereka yang terbabit.

Jika pembubaran perkahwinan terpaksa dilakukan dengan sebab poligami maka proses untuk bercerai mengikut undang-undang juga bukanlah suatu perkara yang mudah kerana perceraian dianggap sah di sisi undang-undang jika dilakukan di mahkamah. Ini pun salah satu masalah atau kekangan dan cabaran berpoligami yang perlu didalui oleh sebahagian orang. Sebahagian negeri melaksanakan pembahagian harta sepencarian sebelum melangsungkan nikah poligami. Sudah pasti perkara ini akan mengurangkan harta suami dalam mentadbir kehidupan seharian dan keluarganya.

Barangkali pihak tertentu kurang sedar bahawa tumpuan yang diberikan dalam menangani masalah yang timbul dari poligami adalah kurang menyeluruh. Dalam masa begitu memberi perhatian untuk membela dan mempertahankan hak sebelah pihak, mereka seakan-akan hanya menghukum dan mendera kealpaan, kecuaian dan keegoan golongan tertentu tanpa menyediakan wadah tertentu untuk membaiki mereka yang sememangnya memerlukan kepada amalan poligami. Semuanya itu adalah kekangan dan cabaran berpoligami. Noehas belum sedia menghadapinya.

The post KEKANGAN DAN CABARAN BERPOLIGAMI appeared first on noehas.com.

WAKTU BEKAM PALING MUJARAB TELAH TIBA
Bekam ialah salah satu cara rawatan Islam yang telah diiktiraf keberkesanannya oleh pihak yang bertanggungjawab seperti yang dilaporkan oleh laman-laman web terkemuka. Hadis-hadis Nabi SAW banyak menerangkan tentang rawatan berbekam. Nabi SAW sendiri pernah berbekam beberapa kali dan mengiktiraf pekerjaan membekam dengan memberi upah kepada pembekam. Yang paling menakjubkan ialah malaikat Jibrail menasihati Nabi SAW supaya berpesan kepada umat Baginda SAW supaya mengamalkan berbekam. Nabi SAW memberi jaminan sembuh dari segala penyakit melalui rawatan bekam. Namun, waktu bekam paling mujarab perlu diketahui supaya kesan yang baik dari berbekam dapat dinikmati.

Ketika entri ini ditulis waktu bekam paling mujarab telah tiba!!! Jangan terlepas waktu tersebut kerana dalam setahun hanya ada tempoh tertentu sahaja yang paling mujarab untuk berbekam. Memang tidak salah atau tidak bahaya berbekam pada bila-bila masa tetapi Noehas ingin membincangkan waktu bekam yang terbaik dan paling mujarab. Waktu bekam yang terbaik ini Noehas rumuskan dari beberapa kitab muktabar dari pelbagai bahasa. Sesiapa yang berminat nak rujuk sendiri kitab-kitab tersebut boleh lah hubungi Noehas sendiri melalui facebook, email atau telefon. Kitab-kitab tersebut dalam bahasa Melayu, Arab dan Urdu / Hindustan.

Pengalaman Noehas di dalam rawatan bekam sejak 20 tahun telah membuktikan waktu bekam paling mujarab yang Noehas nak terangkan dalam entri ini amat berkesan dan bagus dalam merawat pelbagai penyakit. Berbekam terbahagi kepada dua jenis iaitu bekam angin sahaja dan bekam angin kemudian darah. Jenis kedua ini adalah sunnah dan amat digalakkan. Jenis yang pertama punn bagus bagi mereka yang mengadu sengal-sengal badan. Bekam darah pula terbahagi kepada dua jenis iaitu berbekam sebagai penawar sakit atau gangguan yang sedang dialami dan keduanya ialah berbekam sebagai penawar sakit dan pendinding dari segala penyakit serta gangguan.

Berbekam untuk penawar  boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tarikh, hari apa sahaja dan mana-mana tempat yang sakit. Tetapi berbekam untuk penawar + pendinding ianya diamalkan pada waktu bekam paling mujarab yang Noehas hendak tekankan dalam entri ini. Sesiapa yang inginkan penawar dari segala penyakit dan pendiding dari serangan penyakit sila berbekam 1 hingga 6 kali dalam setahun. Jangan terlalu hampir tempoh antara satu dengan yang lain tetapi dijarakkan 2 minggu bagi setiap sessi berbekam. Waktu bekam yang paling mujarab ialah sebelum musim panas terik hingga masa awal-awal musim panas iaitu antara akhir bulan 3 hingga awal bulan 6 pada setiap tahun. Antara bulan 3 hingga 6, bulan 5 dan 6 adalah yang paling bagus untuk berbekam.

Itu dari kiraan bulan, perlu guna kiraan matahari iaitu bulan Masihi. Dari sudut kiraan tarikh pula, untuk dapat waktu bekam paling mujarab perlu dilihat mengikut kiraan peredaran bulan iaitu menggunakan kalendar Hijrah. Tarikh yang dicadangkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith ialah antara 17 hingga 21 haribulan mengikut kalendar bulan Islam atau kalendar Hijrah. Mengikut pendapat para pengkaji, tarikh tersebut boleh dilanjutkan hingga 27 haribulan kalendar Islam. Dalam tempoh tarikh-tarikh tersebut, sebaik-baiknya ialah pada tarikh ganjil iaitu 17 atau 19, atau 21 atau 23 atau 25 atau 27 haribula.

Masa atau jam yang terbaik untuk waktu bekam paling mujarab ialah antara jam 8 hingga 10 pagi, boleh juga dilajakkan hingga masuk waktu Zohor. Hadith Nabi SAW juga membenarkan berbekam pada mana-mana hari dalam seminggu kecuali hari Rabu ditegah dan Jumaat dimakruhkan. Diriwayatkan dalam hadith bahawa hari Rabu ialah hari turunnya penyakit dan musibah dan hari Jumaat pula dimakruhkan supaya tidak mengganggu ibadat di hari Jumaat. Hari yang paling-paling baik untuk berbekam ialah ialah hari Selasa kemudian Isnin dan Khamis, akhir sekali hari hari Sabtu dan Ahad.

Mengikut keterangan di atas, untuk tahun 2013 ini waktu bekam paling mujarab ialah pada tarikh 27/5 (17 Rejab), 29/5 (19 Rejab) dan 31/5 (21 Rejab). Tetapi oleh kerana 29/5 adalah hari Rabu dan 31/5 adalah hari Jumaat maka waktu bekam paling mujarab dalam bulan Mei 2013 ini hanya jatuh pada 27 haribulan iaitu hari Isnin. Untuk bulan Jun 2013 pula waktu yang paling sesuai dan terbaik untuk berebakm ialah pada tarikh 2/6 (23 Rejab), 4/6 (25 Rejab), 6/6 (27 Rejab), 26/6 (17 Sya’ban), 28/6 (19 Sya’ban) dan 30/6 (21 Sya’ban). Tetapi pada 26/6 jatuh pada hari Rabu dan 28/6 jatuh pada hari Jumaat yang tidak digalakkan untuk berbekam pada dua hari tersebut.

Sesiapa yang nak minta Noehas bekamkan dengan harga yang berpatutan bolehlah booking awal-awal untuk tarikh 27/5 (Isnin), 6/6 (Khamis), 26/6 dan 30/6 (Ahad). Tarikh 2/6 dan 4/6 tak boleh sebab dah penuh waktunya. Hari yang paling terdekat untuk dapatkan waktu bekam paling mujarab ialah hari Isnin ini iaitu 4 hari akan datang. Jika sibuk bekerja bolehlah tempah tarikh 30/6 kerana ia jatuh pada hari Ahad. Noehas akan bekam kaum lelaki dan isteri Noehas akan bekam kaum wanita. Tempatnya ialah di Muar, Johor tapi kalau nak minta datang ke tempat lain bolehlah kumpulkan dalam 10 orang di satu tempat nanti Noehas datang ke situ. InsyaAllah. Antara orang yang pernah Noehas bekam ialah pemilik www.denaihati.com dan www.eizil.com yang amat terkenal di alam blogging

Jika anda berminat sila sms ke 0132075677. Kalau ada email tinggalkan di ruang komen di bawah ini untuk Noehas emailkan perkara yang perlu dilakukan sebelum datang berbekam, adab-adabnya dan pantang larangnya. Jangan lepaskan waktu bekam paling mujarab yang telah tiba!!!

The post WAKTU BEKAM PALING MUJARAB TELAH TIBA appeared first on noehas.com.

UMRAH PUNCA HIDAYAH
Seronok melihat semakin ramai masyarakat Islam di Malaysia yang mengorbankan harta, masa dan diri untuk menunaikan ibadat umrah. Mengikut perbualan dengan ramai para jemaah, mereka berpendapat bahawa umrah punca hidayah dalam kehidupan mereka. Tapi Noehas pernah juga bertemu dengan jemaah umrah yang semakin jauh dari amalan Agama Islam selepas pulang dari umrah. Bagi Noehas tajuk ini agak menarik dibincangkan supaya sesiapa yang hendak pergi umrah jangan sampai semakin jauh dari hidayah tetapi sepatutnya umrah menjadi penambah hidayah dalam kehidupan seharian.

Noehas pernah memimpin beberapa orang artis terkenal tanahair, begitu juga golongan yang mudah meninggalkan perintah Allah seperti solat semasa mereka bekerja. Apa yang Noehas dapati hati mereka amat cintakan Agama Islam dan ingin sangat menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. Sangat bagus ibadat dan akhlak mereka selama di Mekah dan Madinah. Bagi mereka umrah punca hidayah terbaik untuk memantapkan iman mereka. Sebahagian dari golongan tersebut sanggup tinggalkan pekerjaan dunia mereka yang melalaikan. Bahkan menjadi pendakwah kepada rakan-rakan mereka. Sedihnya, ada segelintir manusia yang amalan mereka tidak bertambah baik walaupun setelah kembali dari ibadat umrah.

Melalui pemerhatian, Noehas berpendapat mereka yang merasakan umrah punca hidayah adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah semangat, harta halal, bimbingan ustaz selama di kembara umrah dan pilihan Allah SWT. Bab pilihan tu bukan dalam ilmu pengetahuan manusia, kita sentuh tentang faktor-faktor yang sebelumnya. Orang yang pergi umrah dengan semangat sendiri berbeza dengan orang yang setakat ikut-ikut ajakan orang lain. Mereka yang niatnya kuat untuk melaksanakan umrah pasti akan membuat persiapan yang cukup dari sudut ilmu pengetahuan, kesihatan dan sebagainya. Harta yang halal juga amat penting dalam usaha mendapatkan taufiq dan hidayah dari Allah melalui perantaraan umrah.

Noehas rasakan yang paling penting dalam usaha umrah punca hidayah ialah guru pembimbing dalam kembara umrah mestilah guru atau ustaz yang mampu mendidik ahli jemaahnya mengenal Allah SWT dan mencintai Rasulullah SAW selain mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap Agama Islam. Ceramah-ceramah yang disampaikan di dalam bas semasa perjalanan ziarah dan safar adalah peluang yang amat baik untuk menyampaikan maksud matlamat hidup kepada para jemaah. Tempat-tempat ziarah semasa di Mekah dan Madinah juga adalah antara tempat yang boleh menjadi asbab hidayah bagi jemaah umrah. Mengikut pengalaman Noehas, jemaah umrah yang memberi tumpuan yang bagus semasa ceramah disampaikan oleh Noehas atau mana-mana ustaz yang berpengalaman maka kesan hidayah dalam diri jemaah tersebut amat bagus. Ada yang tidak pernah mengaji Al-Quran kini alhamdulillah telah menghafaz surah-surah panjang walaupun sibuk dengan kehidupan dan pekerjaan harian.

Dalam tahun 2013 ini Noehas telah bawa dan pimpin jemaah umrah pada bulan 3 sekali dan bulan 4 sekali. Antara yang menjadi jemaah umrah Noehas pada bulan 3 baru ni ialah pemilik blog ni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah pada awal bulan Ramadhan nanti sekali lagi. Alhamdulillah jemaah yang dibawa amat bagus dan terkesan dengan suasana iman, ibadah dan kerohanian yang ada di Mekah dan Madinah. Boleh dikatakan hampir semua mereka benar-benar merasakan bahawa umrah punca hidayah yang amat-amat mengkagumkan. Pada bulan 3 baru ni Noehas bawa pakej istimewa yang agak mahal kerana hotel yang dipilih ialah hotel bertaraf 5 bintang iaitu di dalam zam-Zam Tower. Pada bulan 4 baru ni pula Noehas bawa pakej murah kerana hotelnya jauh sedikit. Bagi Noehas, murah atau mahal bukan pengukur untuk dapat hidayah semasa umrah. Semuanya bergantung kepada diri sendiri dan ustaz yang memimpin.

Jika ada sesiapa yang berminat hendak pergi umrah pada awal Ramadhan nanti bolehlah Noehas usahakan dan bersama-sama kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dan “mengecas” iman dan amal di sana hingga mampu dibawa balik kekuatan tersebut ke dalam kehidupan seharian. Umrah punca hidayah bergantung kepada diri sendiri dan ustaz yang memimpin, bukan bergantung kepada pakej mahal atau murah.

The post UMRAH PUNCA HIDAYAH appeared first on noehas.com.

MADRASAH DI KEMBOJA PERLUKAN BANTUAN
Minggu lepas Noehas mengembara ke Kemboja atas jemputan equrban untuk majlis perasmian bangunan sekolah yang disponsor oleh Al-Ansar Agro. Dalam tempoh 3 hari Noehas berada di bumi Kemboja Noehas dapat ziarah beberapa madrasah iaitu sekolah Agama Islam yang kebanyakannya disponsor oleh orang-orang yang baik hati dari Malaysia. Walaupun begitu kebanyakan madrasah di Kemboja masih memerlukan bantuan yang lebih untuk memantapkan lagi perjalanan dan pentadbiran.

Ramai masyarakat Islam yang menghulurkan bantuan di Kemboja dalam bidang sekolah agama hanya menyumbang untuk didirikan bangunan pusat pengajian Al-Quran yang lebih dikenali sebagai madrasah. Apabila bangunan telah dibina memang ramai ibubapa akan menghantar anak-anak mereka belajar di madrasah-madrasah kerana di sekolah kerajaan Kemboja tidak ada pengajian Agama Islam. Selain itu, kebiasaannya madrasah-madrasah menyediakan pusat pengajian Agama Islam tanpa mengenakan sebarang bayaran walaupun pihak madrasah perlu menyediakan tempat tinggal, makan minum dan gaji guru. Kos penyelenggaraan operasi madrasah yang menyebabkan madrasah di Kemboja amat memerlukan kepada bantuan kewangan yang lebih dan berterusan.

Meneruskan operasi madrasah adalah lebih mencabar berbanding membeli tapak kemudian membina madrasah di atasnya. Perbelanjaan yang berterusan diperlukan untuk makan minum penghuni madrasah, imbuhan para guru dan keperluan harian madrasah. Sifat umat Islam memberi bantuan kepada madrasah-madrasah di Kemboja  lebih bersifat “memberi ikan bukan memberi mata kail” yang menyebabkan madrasah tidak boleh beroperasi langsung tanpa bantuan pihak luar. Usaha untuk “memberi mata kail” kepada mereka mesti diwujudkan dan diselenggarakan dengan baik. Kalau tidak, madrasah di Kemboja akan terus susah dan mengharapkan bantuan dan tidak boleh berdiri sendiri.

Antara perkara yang mesti dilakukan oleh pengelola-pengelola madrasah di Kemboja ialah menapis pengambilan pelajar yang benar-benar ibu-bapa dan pemohonnya ingin berjaya dalam pelajaran bukan untuk mengurangkan bebabanan keluarga di rumah. Yuran kemasukan yang berpatutan juga harus dikenakan untuk memastikan kesungguhan permohonan kemasukan belajar. Yuran bulanan yang minima juga perlu dikenakan sebagai satu ikatan antara madrasah dan pihak ibu bapa selain dari melatih sifat bekerjasama antara ibubapa pelajar dan madrasah. Apabila semua madrasah di Kemboja tidak mengenakan sebarang yuran maka berlakulah masalah pelajar berpindah-pindah madrasah seperti “salin baju” mengikut suka mereka.

Noehas bersyukur dan bangga apabila melihat Al-Ansar Agro yang diketuai oleh Haji Khanafi dan juga equrban yang diketuai oleh Haji Masruken bersama Denaihati berusaha bersungguh-sungguh menyediakan “mata kail” untuk diberi kepada umat Islam kemboja apabila ketiga-tiga syarikat tersebut bekerjasama dengan CMC iaitu Koperasi Muslim Kemboja membeli tanah untuk pertanian, menternak lembu dan kambing untuk perniagaan, membuka pusat kemahiran komputer dengan kerjasama Yayasan Al-Bukhari dan lain-lain bidang yang dapat membantu umat Islam di Kemboha khususnya madrasah di Kemboja yang menjadi pusat penyebaran Islam di sana.

Bagi sesiapa yang mencari saluran yang betul, amanah, cekap dan bijak dalam mentadbir bantuan di Kemboja khususnya Madrasah di Kemboja maka Noehas mencadangkan hubungilah tiga pihak yang Noehas telah sebutkan iaitu Al-Ansar Agro, equrban dan Denaihati. Semoga dengan entri ini akan lebih tersebarlah kebaikan untuk umat Islam di Kemboja. Para pembaca juga boleh dapat pahala mudah jika disebar-sebarkan ke rakan-rakan masing-masing. Manalah tahu disebabkan anda ada orang yang terbuka hati untuk memajukan lagi madrasah di Kemboja.

The post MADRASAH DI KEMBOJA PERLUKAN BANTUAN appeared first on noehas.com.

AMALAN TENANG JIWA
Amalan tenang jiwa adalah antara amalan yang selalu ditanyakan kepada Noehas mungkin kerana ramai yang menghadapi masalah murung, resah, gelisah, sedih, tidak tentu arah dan yang semakna dengannya. Noehas rasa terpanggil untuk dikongsikan bersama ilmu yang boleh membantu dalam memberi ketenangan jiwa. Noehas akan petik dari beberapa ayat Al-Quran, kemudian hadis dan akhir sekali dari amalan para ulama.

Ada beberapa ayat Al-Quran yang dinamakan oleh para ulama (antaranya ialah Syekh Ibn Al-Qayyim) sebagai ayat sakinah iaitu ayat-ayat yang boleh dijadikan sebagai amalan tenang jiwa. Antara ayat-ayat tersebut ialah;

Adapun amalan tenang jiwa dari hadis-hadis Nabi Muhammad SAW amatlah banyak, antaranya ialah:

Akhir sekali, antara amalan tenang jiwa yang para ulama ajarkan ialah dengan melihat keadaan orang yang lebih merana atau susah dari diri sendiri di samping memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan selawat Ibrahimiyyah iaitu selawat yang dibaca di dalam solat ketika duduk di tahiyat akhir.

Pengalaman Noehas sendiri di dalam mengamalkan amalan tenang jiwa yang dibincangkan di sini hasilnya alhamdulillah dan masyaAllah amat menggembirakan. Alhamdulillah.

selamat beramal dengan amalan tenang jiwa, khususnya bagi mereka yang sedang ditimpa masalah.

The post AMALAN TENANG JIWA appeared first on noehas.com.