leaderboard denaihati Banner

Kenali Orang Yang Anda Haram Kahwini, Jangan Sampai Tersilap Nikah!!!

5 May 2012

Peribadi



Tajuk: Mahram (Orang yang Haram Dikahwini)

Oleh: Noehas (www.noehas.com)

Islam menetapkan batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Jika antara lelaki dan perempuan ada hubungan mahram maka haram antara mereka berkahwin, aurat sesama mereka adalah lebih ringan berbanding dengan aurat di hadapan yang bukan mahram, dalam mazhab Al-Imam Asy-Syafiie pula tidak batal wuduk jika bersentuhan sesama mahram dan lain-lain hukum yang berkaitan dengan mahram.

Persoalan yang biasa dimusykilkan dan terkeliru di kalangan masyarakat bermazhab Asy-Syafiie ialah siapakah yang dikatakan mahram yang jika disentuh atau tersentuh tidak membatalkan wuduk.

Noehas meringkaskan senarai mahram seperti yang di bawah ini:

Mahram terbahagi kepada dua jenis iaitu mahram yang muabbad iaitu selama-lamanya mahram, tidak akan boleh diputuskan hukum mahram tersebut ibarat tidak putus air yang dicincang. Satu jenis lagi ialah mahram muaqqat iaitu mahram sementara yang boleh bertukar hukum mahram tersebut menjadi bukan mahram jika hilang sebab kemahramannya.

Mahram muabbad pula boleh terjadi dengan tiga sebab iaitu disebabkan nasab keturunan, nasab susuan dan disebabkan perkahwinan.

Jenis mahram muabbad pertama: Mahram disebabkan keturunan. Mereka ialah tujuh golongan (setiap golongan kadang-kadang lebih dari satu orang):

  1. Ibu-ibu. Mereka ialah ibu sendiri juga ibu kepada ibu dan ibu kepada ayah dan seterusnya ke atas. Contohnya; ibu kepada ibu punya ibu dan ibu kepada bapa punya bapa dan seterusnya.
  2. Anak-anak perempuan. Mereka ialah anak perempuan yang sah nasabnya juga cucu perempuan dari anak laki-laki atau dari anak perempuan dan seterusnya ke cicit, piut dan ke bawah. Contohnya; cucu perempuan yang dilahirkan oleh isteri kepada anak lelakinya selagimana isteri  itu sah sebagai seorang isteri. Jika isteri kepada anak lelakinya telah bercerai dan berkahwin lain maka anak bagi bekas isteri si lelaki tadi sudah tidak dikira sebagai cucu si atuk tadi.
  3. Adik-beradik perempuan. Mereka ialah adik beradik perempuan seibu sebapa, adik beradik perempuan sebapa sahaja dan adik beradik perempuan seibu sahaja. Contohnya; adik beradik perempuan dari ayah yang sama tetapi ibu yang lain atau adik beradik perempuan dari ibu yang sama tetapi ayah yang lain. Jika adik-beradik yang tidak ada talian darah dengan bapa atau ibu maka bukanlah mahram kecuali jika ada kaitan dengan susuan seperti yang akan dibincangkan nanti maka saudara susuan dikira mahram jika cukup syarat-syaratnya.
  4. Ibu-ibu saudara pada sebelah bapa. Mereka ialah adik beradik perempuan kepada bapa (rujuk maksud adik beradik perempuan di nombor tiga di atas), ibu-ibu saudara kepada bapa iaitu nenek-nenek saudara dari sebelah bapa si bapa, ibu-ibu sauadara kepada ibu dari sebelah bapa ibu iaitu nenek saudara dari sebelah ayah si ibu, begitulah seterusnya ke atas.
  5. Ibu-ibu saudara pada sebelah ibu. Mereka ialah adik beradik perempuan kepada ibu, ibu-ibu saudara kepada ibu iaitu nenek-nenek saudara dari sebelah ibu, ibu-ibu saudara kepada bapa dari sebelah ibu si bapa, begituah seterusnya ke atas.
  6. Anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki. Mereka ialah anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki seibu sebapa, anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki sebapa, anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki seibu dan juga anak-anak perempuan kepada anak-anak perempuan tersebut dan anak-anak perempuan kepada anak-anak lelaki dari jalur adik beradik lelaki yang tersebut dan seterusnya ke bawah.
  7.  Anak-anak perempuan kepada adik beradik perempuan. Mereka ialah anak-anak perempuan kepada adik beradik perempuan seibu sebapa, anak-anak perempuan kepada adik beradik perempuan sebapa, anak-anak perempuan kepada adik beradik seibu dan juga anak-anak perempuan kepada anak-anak perempuan tersebut dan anak-anak perempuan kepada anak-anak perempuan dari jalur adik beradik perempuan yang tersebut dan seterusnya ke bawah.

Jenis mahram muabbad yang kedua: Mahram disebabkan susuan. Senarai mahram susuan adalah sama dengan tujuh jenis mahram nasab di atas. Bagi memastikan susuan dikira sah untuk dijadikan mahram ialah susuan mesti sekurang-kurangnya lima kali susuan yang mengenyangkan dan susuan lima kali kenyang tersebut mestilah berlaku sebelum anak susuan berumur dua tahun mengikut kalendar Hijri dan juga syaratnya ialah si anak susan belum menjadikan makanan lain yang mengenyangkan sebagai makanan asasinya.

Perlu diketahui bahawa anak susuan adalah mahram kepada ibu susu, anak-anak susuan ibu susu adalah adik beradik susuan dan mereka ialah mahram walaupun susuan tersebut berlaku sebelum atau selepasnya, anak-anak kepada suami ibu susu adalah adik beradik susuan dan mereka ialah mahram walaupun dari isteri yang lain.

Adapun kaum kerabat anak susuan tidak ada hubungan mahram dengan ibu susu dan keluarga susuan yang lain, contohnya bapa anak susuan boleh bernikah dengan ibu susuan kerana tidak ada apa-apa hubungan susuan antara mereka. Kecuali zuriat kepada anak susuan, zuriatnya ialah mahram kepada keluarga susuannya.

Jenih mahram muabbad yang ketiga: Mahram disebabkan perkahwinan, golongan ialah:

  1. Isteri atau isteri-isteri kepada bapa atau atok lelaki di sebelah bapa atau di sebelah ibu. Iaitu apabila si lelaki (bapa atau atok dan seterusnya ke atas) telah berakad nikah dengan wanita yang dikahwininya maka wanita itu telah menjadi mahram mubbad ke atas anak-anak si lelaki tadi begitu juga cucu-cucunya samada cucu dari sebelah anak lelakinya atau dari sebelah anak perempuannya, hukum ini berlaku langsung selepas akad nikah samada si lelaki tadi telah memasuki si wanita tersebut atau belum.
  2. Isteri atau isteri-isteri kepada anak-anak, cucu-cucu dan seterusnya ke bawah. Iaitu apabila si lelaki telah akad nikah dengan seorang perempuan maka perempuan itu telah menjadi mahram muabbad kepada bapa si lelaki tersebut begitu juga atok-atoknya samada atok-atok itu dari sebelah bapa si lelaki tersebut atau dari sebelah ibunya, hukum ini berlaku langsung selepas akad nikah samada si suami tadi telah memasuki si isteri atau belum.
  3. Ibu kepada isteri iaitu ibu mertua dan juga nenek mertua dan seterusnya ke atas samada nenek-nenek tersebut dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu si isteri. Apabila si lelaki telah akad nikah dengan perempuan maka ibu dan nenek-nenek si perempuan tersebut telah menjadi mahram muabbad kepada si lelaki tersebut walaupun dia belum memasuki perempuan yang dinikahi tadi.
  4. Anak-anak perempuan dari isteri iaitu anak-anak tiri, begitu juga cucu-cucu perempuan kepada si isteri tadi samada dari anak lelaki atau anak perempuannya. Golongan ini hanya akan jadi mahram muabbad sekiranya si lelaki yang menikahi perempuan tersebut telah dimasuki (berlaku jimak) antara mereka berdua, iaitu sekiranya berlaku perceraian sebelum mereka bersama maka tidak berlakulah pemahraman antara lelaki tersebut dengan anak-anak tirinya, dalam ertikata yang lain si lelaki tadi boleh menikahi anak perempuan kepada perempuan yang dia telah bernikah dengannya tetapi belum dimasuki. Apabila si lelaki telah menikahi perempuan yang mempunyai anak perempuan kemudian telah dimasuki maka semua anak perempuan si isteru tersebut telah menjadi mahram mubbad kepada si lelaki tadi, samada anak perempuan tiri itu dari suami yang sebelumnya atau dari suami yang datang selepasnya.

Jenis mahram sementara akan menyusul nanti. Dialu-alukan sesiapa yang hendak buatkan carta dan gambarajah untuk mahram yang Noehas terangkan di atas.

 

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

5 Responses to “Kenali Orang Yang Anda Haram Kahwini, Jangan Sampai Tersilap Nikah!!!”

  1. Denaihati Says:

    askm. ustaz. terima kasih atas penerangan yg cukup jelas.

    Reply

  2. Razifredz Says:

    Assalamualaikum … Sangat jelas penerangannya dan boleh dijadikan rujukan terbaik
    Razifredz recently posted..Subhanallah … Andai Khatib Itu AkuMy Profile

    Reply

  3. Dadan Says:

    Assalamu’alaikum….penjelasan yang sangat jelas, terimakasih..
    Salam kenal dari Indonesia…

    Reply

  4. Awin Says:

    Saya sangat berminat untuk mengetahui penjelasan lanjut mengenai mahram sementara…dan juga sedikit confuse diantara kes dibawah

    1.Isteri atau isteri-isteri kepada bapa atau atok lelaki di sebelah bapa atau di sebelah ibu. Iaitu apabila si lelaki (bapa atau atok dan seterusnya ke atas) telah berakad nikah dengan wanita yang dikahwininya maka wanita itu telah menjadi mahram mubbad ke atas anak-anak si lelaki tadi begitu juga cucu-cucunya samada cucu dari sebelah anak lelakinya atau dari sebelah anak perempuannya, hukum ini berlaku langsung selepas akad nikah samada si lelaki tadi telah memasuki si wanita tersebut atau belum.

    dan juga…

    4.Anak-anak perempuan dari isteri iaitu anak-anak tiri, begitu juga cucu-cucu perempuan kepada si isteri tadi samada dari anak lelaki atau anak perempuannya. Golongan ini hanya akan jadi mahram muabbad sekiranya si lelaki yang menikahi perempuan tersebut telah dimasuki (berlaku jimak) antara mereka berdua, iaitu sekiranya berlaku perceraian sebelum mereka bersama maka tidak berlakulah pemahraman antara lelaki tersebut dengan anak-anak tirinya, dalam ertikata yang lain si lelaki tadi boleh menikahi anak perempuan kepada perempuan yang dia telah bernikah dengannya tetapi belum dimasuki. Apabila si lelaki telah menikahi perempuan yang mempunyai anak perempuan kemudian telah dimasuki maka semua anak perempuan si isteru tersebut telah menjadi mahram mubbad kepada si lelaki tadi, samada anak perempuan tiri itu dari suami yang sebelumnya atau dari suami yang datang selepasnya

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: