leaderboard denaihati Banner

Nikah di Thailand

19 April 2012

Santai



Beberapa minggu lepas Noehas dapat sms dari seorang sahabat yang mengajak Noehas menyertai satu bisnes yang pasti menggemparkan sesetengah pihak. Katanya bisnes yang berbentuk khidmat tersebut belum ramai yang jalankan tapi ramai yang memerlukan dan mencari perkhidmatan tersebut. Peluang keuntungan memang ada, yang lebih menarik ialah keuntungan yang datang agak lumayan dan tidak perlu kepada modal yang besar. Bisnes tersebut ialah menguruskan nikah di Thailand bagi rakyat Malaysia yang berminat.

Jika dinilai dari sudut keuntungan dunia pasti Noehas telah menerima tawaran tersebut kerana Noehas boleh ambil kesempatan dari kepercayaan orang ramai  terhadap Noehas selama ini. Namun, Noehas menilai tawaran tersebut dengan mata hati yang dibimbing oleh syariat yang suci dan keharmonian keluarga yang dicari. Awal-awal lagi Noehas menolak tawaran untuk menyertai khidmat urus nikah di Thailand. Noehas tidak kata hukumnya haram tetapi tidak sanggup bersyubahat dalam mengatur keretakan rumah tangga orang lain. Walaupun ada sebahagian poligamis bahagia seperti pemilik http://sweetkurma.com/ juga http://hafizfirdaus.com dan lain-lain tetapi kebanyakan poligamis yang perkahwinan mereka bukan atas dasar agama akan memporakperandakan lagi perkahwinan mereka yang telah sedia terbina atau yang akan dibina.

Ada orang kata, kajian menunjukkan kebanyakan lelaki memang suka memiliki teman hidup dari kalangan wanita lebih dari seorang. Jika benar dakwaan tersebut, biarlah dilaksanakan mengikut syariat dan tata susila yang betul, bukan mengikut hawa nafsu dan sifat amarah. Tidak perlu rasanya bersembunyi hingga menggunakan khidmat nikah di Thailand, syiarkanlah dan zahirkanlan kerana sunnah Nabi saw dalam bernikah ialah mengumumkan pernikahan. Jika nikah di Thailand sekalipun silalah maklumkan kepada saudara mara terdekat dan jiran tetangga tentang perkahwinan tersebut supaya tidak menimbulkan fitnah dan kecelaruan dalam mengagih harta pusaka dan sebagainya pada kemudian hari.

Noehas menulis tajuk Nikah di Thailand ini hanya sekadar berkongsi pengalaman dan cadangan, tidak lebih dari itu. Jika pembaca setuju atau tidak setuju silalah tinggalkan komen di blog ini dengan komen yang beradab dan sopan supaya kita dapat ambil manfaat bersama.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , ,

3 Responses to “Nikah di Thailand”

  1. sweetkurma Says:

    menarik entry ni…saya suka nak berkongsi dan tidak sekali kali mengalakkan untuk orang diluar sana berpoligami sebab saya tahu ramai diluar sana tidak suka dengan cara penulisan saya berhubung dengan hidup berpoligami @ bermadu…saya belum pernah sekali pun mengalakkan rakan2 yg berjumpa bertanya pendapat sekiranya mereka ingin berpoligami…saya bercerita berdasarkan pengalaman, kalau pengalaman saya bermadu itu manis..tak kan saya nak kata pahit..kalau ada yg rasa bermadu itu pahit, saya tak berani nak kata pahit sebab apa yang saya rasa adalah manis (kemanisan ini saya nikmati sehingga komen ini saya tulis….esok lusa Allah saja yang tahu)…saya terpilih untuk bermadu bukan memilih untuk bermadu..saya akan buat next comment pengalaman nikah di Thailand…

    Reply

  2. sweetkurma Says:

    alhamdulillah, saya dianugerahkan seorang suami yang seboleh mungkin untuk menjaga tuntutan syariat…kalau ada yang nampak saya ni tidak sempurna dari segi penampilan atau percakapan itu bukan atas didikan suami tapi itu kekhilafan @ kesalahan saya sendiri…pengalaman bernikah di thailand, suami saya tidak menggunakan khidmat agen@orang tengah…pernikahan kami tidak dirahsiakan dan didaftarkan secara sah di Malaysia…suami memilih untuk bernikah di Pejabat Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand dan bersaksikan saksi2 yang waras…proses nya simple tidak membebankan, semua dokumentasi pernikahan kami di antar oleh pihak Pejabat Agama Islam Wilayah Narathiwat secara courier dan bila kami mendaftarkan perkahwinan kami di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan, ianya juga tidak begitu sukar walaupun kami kena melalui bebrapa proses dan juga masuk mahkamah dan seterusnya membayar denda…mengikut pengalaman saya sebenarnya ianya tidak perlu menggunakan khidmat agen@orang tengah dimana kita harus membayar dalam jumlah yang agak besar…tapi kalau ada yang nak ambil kesempatan dan mengaut keuntungan dari peranan agen@orang tengah, yang ini agak menyedihkan dan tak sepatutnya berlaku….

    Reply

  3. hilmi.09 Says:

    poligami penyelesaian akhir untuk masalah isteri ego tak bertempat, tak tahu menjaga kebajikan suami & keperluan batin suami.. ejen atau tak guna ejen, itu isu no.2.. isu pokok ialah mengelak main kayu tiga atau perempuan simpanan..

    tiada jalan penyelesaian kecuali poligami apabila TIDAK MAHU BERCERAI

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: