leaderboard denaihati Banner

PEMBEDAHAN GHAIB SATU PEMBOHONGAN

27 February 2013

Rawatan & Kesihatan



Sebahagian masyarakat amat suka perkara pelik, ajaib, sakti dan seumpamanya selain suka mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Jika sekiranya jalan pintas dan perkara ajaib tersebut masih boleh diterima dalam Islam tak per lah juga, masalahnya perkara yang bercanggah dengan Islam juga tetap diminati ramai. Antara perkara ajaib yang ramai terlibat dan menggunakannya ialah rawatan menggunakan pembedahan cara ghaib iaitu proses mengeluarkan sesuatu objek dari tubuh badan manusia tanpa menggunakan alat-alat pembedahan biasa. Di awal perenggan lagi Noehas ingin menegaskan bahawa pembedahan ghaib satu pembohongan yang amat jelas hukumnya iaitu haram.

Noehas yakin bahawa pembedahan ghaib satu pembohongan dan penyelewengan kerana ia termasuk dalam jenis ilmu “sihir khayaali” iaitu satu ilmu yang mengkhayalkan atau memukau orang yang melihatnya. Dalam erti kata yang lain, sebenarnya tidak ada objek yang dikeluarkan dari tubuh manusia yang “dibedah”, ia hanya satu trik atau helah yang digunapakai samada trik yang bersifat penipuan zahir atau trik yang dibantu oleh golongan jin yang sememangnya sentiasa ingin mnyesatkan umat manusia. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan pendapat Noehas atas alasan mereka sendiri pernah mencuba pembedahan ghaib tersebut dan merasakan kesembuhan selepasnya.

Para ulama telah bersepakat bahawa mempelajari ilmu sihir, mengamalkannya serta meminta bantuan dari pengamalnya adalah haram. Hukum tersebut bersandarkan kepada beberapa ayat Al-Quran seperti ini dan juga hadis-hadis Nabawi seperti yang termaktub di sini. Amalan bedah ghaib dalam masyarakat Melayu ada beberapa jenis yang terkenal antaranya ialah bedah ghaib untuk mengeluarkan pepasir batu karang dengan teknik-teknik tertentu. Begitu juga bedah ghaib untuk mengeluarkan sihir, santau dan sebagainya dengan menggunakan telur ayam yang digolek-golekkan di tempat tertentu lalu dipecahkan di hadapan pesakit untuk membuktikan ada jarum, kotoran dan sebagainya yang disedut oleh tersebut. Semua jenis pembedahan ghaib itu satu pembohongan yang jangan dipercayai.

Satu pertubuhan Islam yang mengumpulkan para ulama yang mahir di dalam bidang perubatan telah berbincang tentang hukum pembedahan secara ghaib. Boleh rujuk keputusan fatwa dan resolusi yang mereka rumuskan di sini. Bagus juga Noehas nukilkan di sini apa yang mereka tetapkan dalam perbincangan mereka yang dapat membantu dalam memahami tajuk entri “pembedahan ghaib satu pembohongan” ni.

Resolusi kongres tersebut menegaskan seperti yang berikut: “Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku”.

Semua yang Noehas tulis ini adalah menurut kajian yang Allah izinkan setakat ini. Ilmu yang sebenarnya adalah di sisi Allah SWT. Kita hanya dipertanggungjawabkan tentang apa yang zahir dan dalam batasan ilmu manusia. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih luas dan benar. Wallahu a’lam bissowaab.

 

 

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , , , , , , ,

14 Responses to “PEMBEDAHAN GHAIB SATU PEMBOHONGAN”

  1. Eizil Says:

    Terima kasih atas perkongsian ini ustaz… Semoga akan terhindar dari aktiviti seperti ini.
    Eizil recently posted..Cabaran menghadapi warna hijauMy Profile

    Reply

  2. Dawaihati Says:

    Terima kasih atas perkongsian ilmunya Ustadz. Hanya saja saya mau bertanya, bagaimana kaitannya dengan karomah para wali Alloh?

    Reply

    • noehas Says:

      Tuan Dawaihati, dalam entri di atas sudah ada jawapan bagi persoalan tuan. Karomah para wali Allah memang ada di dalam Islam tetapi karomah datang bukan selalu dan bukan boleh disengajakan atau diatur oleh para wali Allah. Karomah adalah satu anugerah yang Allah beri bukan pada setiap waktu dan juga bukan boleh diaturkan mesti dapat karomah tersebut.
      Berbeza dengan pembedahan ghaib, mereka boleh programkan apa yang mereka inginkan.
      Wallahua’lam bissowaab.

      Reply

  3. Iskandar zhasan Says:

    Ana suka krn jelas dgn pndapat ulama yg brsandarkn dalil quran dn hadis.

    Reply

  4. nurmisnanu Says:

    Ustaz.. bagaimana yg berlaku di durian tunggal melaka? Beliau dpt mengeluarkan batu karang Sebanyak 6 x rawatan. Dan skrg pesakit sihat alhamdulillah.. adakah itu juga khayalan sihir?
    nurmisnanu recently posted..Krazee kitty mangkuk ganja kopiMy Profile

    Reply

    • noehas Says:

      nurmisna, ia termasuk dalam sihir dan haram dalam syarak walaupun ia nampak seperti memberi manfaat dan menyembuhkan.

      Satu perkara yang kita kena fahami ialah sihir boleh memberi kesan samada baik atau buruk, semuanya dengan izin Allah. Tetapi perbuatan menggunakan khidmat sihir tetap haram. Sama juga ibaratnya seperti daging babi yang haram dimakan, jika dimakan ia tetap mengenyangkan dan menghilangkan kelaparan tetapi ia tetap haram. Samalah dengan hukum guna sihir, ia mungkin boleh mnyembuhkan tetapi ia tetap haram.

      Allah nak uji keimanan dan ketauhidan kita kepadaNya. Jangan kerana batu karang kita rosak aqidah. Sesiapa yang dah terlibat tu bertaubatlah kepada Allah kerana Allah maha Penerima Taubat, lagipun mungkin pada ketika itu masih belum tahu hukum sebenar.

      Wallahu a’lam bissowaab.

      Reply

  5. puanbee Says:

    Tertanya2 rancangan dlm TV pasal pembedahan batin ni betul atau tidak
    puanbee recently posted..Awal bulan shopping .. hujung bulan ????My Profile

    Reply

    • noehas Says:

      Walau benar sekalipun pembedahan itu berlaku ia tetap menggunakan khidmat jin dan ia termasuk dalam amalan khurafat yang tidak dibenarkan oleh Islam. WA.

      Reply

  6. Hanif Menhad Says:

    ramai yg berminat utk mengetahui alam misteri / ghaib ni, dan seperkara yg lebih penting adalah kita menyakini segala2 nya datang dari Allah. Sihir, jin, karomah, sihat, sakit, sembuh, semua milik Alloh, marilah kita yakin hanya pd Alloh, semua itu atas kehendak Alloh.
    Hanif Menhad recently posted..FROG VLE – virtual learning environment (SMK LABIS SEGAMAT)My Profile

    Reply

  7. Faris Al-Muhandisu Says:

    terima kasih atas perkongsian. benda ni mcm kebiasaan je sy rs. sbb selalu dgr cerita psl benda ni di mana2. mungkin perasaan sy je. tugas kita utk menyampaikan dakwah ini. masih ramai yg x faham sbnrnya.
    Faris Al-Muhandisu recently posted..Pengalaman Membeli-belah Secara OnlineMy Profile

    Reply

  8. Fay Says:

    Assalam, Berbanyak terima, kasih atas perkongsian yang amat bagus ini. Saya juga mengharap respon kepada kemusykilan Normisnanu dan PuanBee. Wassalam.

    Reply

  9. KiD Says:

    saya hampir terpercaya dengan perkara ini.. pada mulanya difikirkan perkara ghaib, tetapi nyata ia akan menyesatkan orang ramai..
    KiD recently posted..Senyuman BloggerMy Profile

    Reply

  10. BeritaKaki Says:

    masih ragu2 dgn yg bercakap tntg pembedahan batin ..apa komen ustaz ?

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: