leaderboard denaihati Banner

Produk Sendayu Tinggi (ST) Beracun!?

18 April 2012

Bisnes



Semalam kecoh dalam berita jam 8 malam dan juga pagi-pagi ni dalam beberapa surat khabar tentang produk kecantikan yang mengandungi racun. Produk beracun tersebut dikeluarkan oleh Sendayu Tinggi (ST) iaitu sebuah syarikat milik Muslimah yang bernama Rozita Ibrahim yang terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawan beliau.

Betulkah produk beliau beracun? Adakah satu produk sahaja yang beracun atau ada lagi produk-produk lain yang mempunyai masalah yang sama? Setakat ini satu produk Sendayu Tinggi sahaja yang disyaki mengandungi racun yang boleh membahayakan pengguna. Produk-produk lain masih diyakini akan keselamatannya.

Mengikut apa yang Noehas tahu sehingga waktu penulisan ini, produk Sendayu Tinggi yang dikatakan beracun tersebut belum lagi dipastikan kebenaran dakwaan tersebut, ia hanya dakwaan disyaki mengandungi racun. Peliknya, kenapa perkara yang belum sabit dan belum pasti tetapi diwar-warkan seolah-olahnya memang benar dakwaan tersebut. Bahkan, cara olahan dalam berita semalam jelas seperti hendak memburuk-burukkan pihak Sendayu Tinggi. Sedangkan banyak lagi syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan lain yang disyaki beracun tetapi tidak diperlakukan demikian. Adakah ini semua sabitaj dari pihak tertentu atau mainan perniagaan dari pihak lawan atau hanya ujian dari Allah yang ingin meningkatkan lagi keimanan pemilik Sendayu Tinggi iaitu Puan Hajah Rozita Ibrahim.

Sebagai seorang sahabat yang mengenali beliau secara dekat, Noehas berdoa supaya Alllah tunjukkan yang benar. Jika benarlah produk tersebut beracun semoga Allah selamatkan umat ini dari produk-produk yang bermasalah dan jika ada unsur pengkhianatan dalam masalah ini maka dimohon semoga pihak-pihak yang terlibat bertaubat dan menginsafi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Produk Sendayu Tinggi mungkin bukan yang terbaik tetapi bukanlah produk yang teruk dan buruk yang mendatangkan kemudaratan yang jelas dalam diri pengguna. Noehas hanya ingin setiap insan berlaku adil dalam menilai, jangan cepat menuduh atau cepat menerima.

Kita tunggu sahaja apa keputusan kajian makmal tentang produk Sendayu Tinggi yang dikatakan beracun tersebut. Sekiranya benar berita tersebut maka syukur diucapkan kepada Ilahi kerana telah kurang produk yang boleh merosakkan umat tetapi jika berita tersebut tidak benar maka diminta para pemberita membersihkan semula nama orang dan syarikat yang telah dicemarkan nama baiknya, jangan hanya pandai memburukkan tetapi tidak pandai untuk menjernihkan semula.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , , ,

One Response to “Produk Sendayu Tinggi (ST) Beracun!?”

  1. sweetkurma Says:

    sedih bila mendengar atau melihat cara mereka menyebarkan berita yang belum tentu ianya betul…ini salah satu cabaran orang biznes, apatah lagi bila nama sudah berada ditempat yang selesa….semoga tuan punya sendayu tinggi tabah dalam menghadapi situasi sebegini….inshaAllah kebenaran akan terbongkar jika ianya suatu sabotaj, kalau benar sekali pun ianya beracun, mungkin ianya terjadi diluar kesedaran, kerana dalam kita kuat tentu ada kelemahan di sana sini….

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: