leaderboard denaihati Banner

TERAPI ION ELEKTRIK TERAPI SANTAI

17 February 2013

Rawatan & Kesihatan



Hari ni Ahad, Noehas bawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di Bandar Baru Bangi. Isteri cek power mata di Ikhwan Optometris, memang dah kena tukar baru sebab power dah naik. Depan kedai tu ada khemah yang ramai orang, rupanya mereka nak buat terapi ion elektrik terapi santai.

Noehas pun tertarik dengan banner-banner yang ditayangkan. “Bebaskan tubuh badan anda dari racun dan toksin” terpampang besar. “Buang toksin dari badan secara santai tanpa menggunakan ubatan” juga ditulis besar. “Selamat, murah, berkesan, santai” juga ayat power yang diguna untuk terapi ion elektrik tersebu.

Lepas selesai urusan buat cermin mata baru untuk isteri, Noehas pun pergi ke khemah terapi ion elektrik terapi santai tu. Masa rendaman 30 minit. Orang ramai tak jemu menunggu kerana ditayangkan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang padat dengan ilmu tentang hak suami isteri. Noehas ambil peluang 30 minit tersebut dengan menulis entri ni.

Harga terapi ion elektrik ni hanya RM10.90 sahaja. Digalakkan buat 12 kali bersamaan 12 hari untuk dapat kesan yang positif. Pantangnya ialah jangan pakai jam atau cincin atau sebarang bahan lopam waktu terapi dijalankan. Kanak-kanak dan ibu mengandung pun tidak digalakkan.

rendam kaki

Noehas perhatikan warna-warna air pada setiap kaki pelanggan, warna berlainan, ada yg hijau pekat, ada yang coklat macam air longkang, ada warna kuning cair. Termaktub dalam satu banner “kuning kehitaman: toksin dari saluran buah pinggang, kuning kemerahan: masalah goup, kuning berminyak: kolestrol, coklah: masalah hempedu, buih putih: kalenjar limpa” dan lain-lain maklumat warna hasil dari rawatan terapi ion elektrik.

Bahan yang digunakan untuk terapi ion elektrik ni hanya air paip, garam bukit, mangkuk untuk rendam kaki dan besi elektrik. Ada rasa sikit sahaja getaran dari aliran arus elekrik dari garam bukit di bawah tapak kaki.

Belum sempat habiskan tulis entri ni Noehas rasa darah berjalan lancar semakin segar dalam badan. Alhamdulillah. Noehas nak cuba buat sendirilah di rumah nanti. Sesiapa nak cuba boleh hubungi Rohaizan 0123893777 atau Shamsudin 0172001769.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, ,

6 Responses to “TERAPI ION ELEKTRIK TERAPI SANTAI”

  1. Hanif Menhad Says:

    wah! entri kali ni iklan berbayar ke? untung2 dapat review dari Ust Noehas… hihi
    Hanif Menhad recently posted..Photo Contest: Aku dan Dia by blog paly (Hanif Menhad Sertai!)My Profile

    Reply

  2. Kujie Says:

    kat tempat kami 30 minit RM 10. pernah buat sekali, alhamdulillah warna air cuma ada sikitĀ², tak sampai merubah warna.

    ada dua kemungkinan

    1. memang tak ada masalah serius
    2. masalah degil tak mau tunjukkan diri

    hihi…entah yang mana satu.
    Kujie recently posted..Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam TelingaMy Profile

    Reply

    • noehas Says:

      Kak Kujie, saya rasa akak pada kemungkinan yang pertama iaitu tak der masalah serius sebab badan nampak macam sihat tapi kalau saya mungkin yang kedua. Saya punya bewarna kuning berminyak iaitu kolestrol tinggi. Wallahu a’lam bissowaab.

      Reply

  3. Percutian Says:

    Hari ini saya dan isteri pergi buat terapi ion buat pertama kali …memang nampak keluar kekotorannya…

    Reply

    • noehas Says:

      Kotoran tu tak penting sebab ada untuk besi yang kena elektrik mengeluarkan warna tertentu. Tapi yang penting dalam rawatan ion ni sebenarnya getaran kecil yang berlaku dalam air rendaman bersama dengan khasiat yang ada pada garam bukit mampu mengaktifkan titik-titik akupuntur yang ada pada telapak kaki. InsyaAllah ada kebaikannya yang tersendiri walaupun ramai doktor yang menafikan rawatan ion ni. WA.

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers: