Waduh… waduh… waduh. Senangnya pak ustaz power dikalahkan oleh orang jahil yang tak pandai ilmu agama atau yang buat-buat pandai ilmu agama. Boleh buat malu para ulama ni. Hilang respek aku pada ustaz power sebab sebelum ni nampak hebat boleh berdebat, tapi kali ni dengan orang jahil pun ustaz power boleh tumbang.
Mungkin begitulah gambaran dan luahan hati dari kita jika kita lihat seorang tokoh agama yang hebat ilmunya tetapi tidak boleh menundukkan hujah-hujah dari seorang yang jahil.
Tapi adakah kita sedar bahawa setiap bidang ada ilmunya dan ada juga pakarnya. Jika bidang-bidang tersebut dicampuri oleh orang yang bukan ahli di dalam bidang tersebut maka orang itu akan mengecohkan dan membuat andaian-andaian yang nampaknya “hebat” tetapi sebenarnya patut “disebat” kerana memeningkan pakar-pakar tanpa sebarang faedah dan kebaikan. Jika dibenarkan orang luar dari bidang memberi komen maka akan zahirlah dua jenis tukang komen iaitu yang tak tahu nak komen apa-apa sebab memang dia tak tahu apa yang nak dikomenkan dan satu jenis lagi yang buat-buat pandai dan komen juga mengajukan soalan-soalan yang menyebabkan pakar bidang tertentu pun tak tahu nak jawab apa sebab soalan yang diajukan sebenarnya telah keluar dari landasan bidang tersebut.
Begitulah akan terjadi dalam urusan ilmu agama. Jika setiap orang nak tunjuk pandai dalam ilmu agama dengan mengeluarkan hukum dan fatwa maka sebenarnya dia telah mencampuri urusan mereka yang pakar di dalam hal tersebut. Mungkin hukum dan fatwa yang dikeluarkan betul tetapi oleh kerana datangnya dari yang bukan pakar maka akan ada keburukannya. Oleh kerana itu tidak dibenarkan sesiapa pun mentafsir al-Quran mengikut kefahamannya sendiri, walaupun kefahamannya betul ia tetap dianggap salah oleh para ulama silam bahkan ia berdosa.
Fenomena yang berlaku di awal penulisan ini iaitu kalahnya ustaz power (maksudnya di sini ialah Al-Imam Asy-Syafiee) berlaku kerana orang jahil yang tunjuk pandai menggunakan beberapa potong ayat al-Quran dan hadis-hadis nabawi kemudian dipusing ke sana dan ke sini hingga menyebabkan ustaz power tak tahu nak mula jawab dari mana dan mula ajar dari mana.
Pengajarannya, kita serahkanlah setiap urusan kepada pakar-pakarnya dan hormatilah apa yang telah diusahakan oleh pakar-pakar tersebut. Walaupun mungkin belum sempurna tetapi mereka berjalan di atas cara dan landasan yang benar. Hormatilah ulama di dalam urusan agama, hormatilah juga orang yang mahir dalam bidang masing-masing kerana setiap orang tahu apa tugas mereka. renung-renungkan kata-kata Al-Imam As-Syafiee di bawah ini. Sekian.









24 April 2012 at 3:12 AM
Artikel yang sememangnya terkesan, benarlah kata ustaz, apabila mereka yang bukan ahli dalam sesuatu bidang itu memberi komen/hujah berlandaskan logiknya dan bukannya ilmu dalam bidang tersebut, pasti ianya akan menjadikan sesuatu keadaan itu tidak tenteram.
Eizil recently posted..Jaringan melayu untuk pendidikan percuma.
24 April 2012 at 9:56 AM
Terima kasih eizil kerana ziarah dan beri komen yang baik. Wah ada jaringan belajar free ker?

noehas recently posted..Ustaz Power Kalah Debat Dengan Orang Jahil Murakab
30 April 2012 at 6:47 PM
Masaya-Allah hebat penulisan ini, memang betul tu orang yg jahil ilmu agama selalunya akan berhujah secara logik akal yg sebenarnya mmg sukar utk dipatahkan. Bahkan yg batil pun dihujahkan agar nampak baik serta tiada salahnya. Jadi ruangkanlah hati kita agar menerima yg sudah terang betulnya disisi agama, usah dipetikai hingga membawa fikiran kearah kejahilan dalam agama tanpa disedari
Razifredz recently posted..Musim menuai padi sudah tiba
26 May 2012 at 1:25 AM
Assalamualaikum
Syaikh,
Rasanya lebih tepat al-Muttalibi.
Artikel yang baik. Memang itulah hakikat zaman sekarang.
26 May 2012 at 8:01 AM
Syekh ARAR, terima kasih. Betul apa yg diperbetulkan. Syukran.
noehas recently posted..Rambut Paling Mahal Di Dunia Berharga Emas
24 August 2012 at 9:01 AM
Terima kasih ustaz atas perkongsian artikel yang sangat bagus